Wanita solehah.

Teguran Buat Remaja Niqabis Bertabarruj Dan Upload Gambar Di Media Sosial🔥

Dear remaja niqabis,awak sebagai niqabis perlu tunjuk contoh dan imej yang baik. Supaya nanti orang akan pandang awak dengan mulia. Ye,Nur tahu awak bukan malaikat. Yang ada kesalahan. Namun asal pemakaian sunnah itu kerana Allah,kerana nak menutupi segala pintu-pintu fitnah dan pemakaian ni adalah sunnah baginda SAW. Tapi kenapa Nur lihat ramai sangat niqabis yang merata-rata gambar di media sosial. Apatah lagi bertabarruj(berhias dengan lebih). Kata tak nak menunjuk. Tapi mengapa awak nak tunjuk? Sedangkan diri awak tak perlu menunjuk jika awak rasa diri awak benar-benar mempunyai sifat malu. Sudah tentu awak tidak akan menunjuk gambar awak di tatapan umum.

Awak,kalau betul nak pakai purdah atau niqab itu. Pakai lah dengan secara baik. Niat pakai biarlah tidak menunjuk sebab nak menutupi segala fitnah. Akhir zaman ni kita lihat lah ramai niqabis yang bertabarruj. Ramai niqabis yang terjebak dalam couple. Ramai niqabis menari-nari di tik tok. Allahu,mana perginya sifat malu kita? Awak tak rasa malu ke? Awak tak rasa bersalah ke bila awak mainkan agama Islam ni? Nur tak nak salahkan awak. Cuma Nur harap sangat awak dapat perbaiki diri awak agar awak jadi yang lebih baik lagi. Awak dah tertutup. Tapi jangan disebabkan awak dah tertutup dengan sempurna. Maruah awak pulak letak ke tempat lain. Sedangkan AURAT dan MARUAH itu sangat penting dalam hidup kita sebagai seorang perempuan.

Tolong berhenti sikap bertabarruj. Nak berhias boleh,asalkan tak melebihi syariat Islam. Kalau nak upload gambar pun boleh. Tapi upload lah gambar yang kaum hawa saja yang boleh nampak. Tak perlu nak menunjuk dekat semua orang apatah lagi ajnabi. Lagipun kita tak tahu zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Antaranya sihir. Ingat,gambar yang kita upload tu juga orang boleh menggunakan sihir iaitu melalui santau. Sebab tu berhati-hati lah. Tak semua yang kita mahu perlu tunjuk. Sebab keburukannya sangat bahaya. Sedar lah,awak tu lebih cantik apabila awak tidak menunjuk di tatapan umum. Awak juga cantik tanpa secelit make up. Biar lah orang nak kata apa pun. Yang penting niat lah kerana Allah. Pastinya Allah akan beri kebaikan buat awak nanti. Semoga anda terus istiqamah dalam pemakaian sunnah dan semoga anda mendapat gelaran wanita solehah. Aamiin💜

Hadam🔥

@Nurin Arifah🎀🖤
#TeguranBuatRemajaAkhirZaman🔥
#DakwahDemiGenerasiUmmah✊🏻❤️

@AntidoteForHeart